Tuesday, July 24, 2018

[Tutorial][Android General] ADB Fastboot di Phone Android Lain

Salah satu kesan selepas Update ROM anda adalah risiko kehilangan Root n Custom Recovery / TWRP terutama pengguna Stock ROM Oneplus.

Hilang semasa anda berada di kampung atau luar kawasan atau PC anda rosak / tiada serta tidak boleh hidup tanpa Root, ini cara untuk anda mengatasinya.

Yang perlu ada:

*Phone yang nak dijadikan sebagai pengganti PC perlulah di Root n menggunakan Magisk. ( Kita gelarkan Phone A)
*Phone problem mesti dah di Unlock Bootloader ( Phone B)
( Proses UB gunakan cara ini belum dicuba )
*Kedua2 phone ini mestilah support OTG
( Enablekan di Setting > Advanced > Tick OTG Storage untuk phone Oneplus)
*Kabel USB dan adapternya yang menyokong OTG
*Talian Internet

Cara:

1. Download n install [ADB n Fastboot for Android NDK]  di Magisk > Download

2. Install [Terminal Emulator for Android ] di Playstore

3. Download TWRP yang berkenaan n di simpan di phone pengganti. (Phone A)
Buat satu folder bernama TOM di main storage dan tinggalkan file TWRP yang di download didalam.
Rename file TWRP ini dengan nama yang paling mudah (sebagai contoh twrpop)

4. Cucuk kabel USB di kedua2 phone. Bahagian USB yang disambung dengan Adapter dicucuk pada Phone pengganti (Phone A) n bahagian satu lagi di Phone problem (Phone B ) . Pastikan OTG di enablekan di kedua2 phone

5. Uji sambungan dengan buka Terminal, taip

 ( setiap command tiada "")

"su"

"cd storage/emulated/0/TOM"
( Atau masukkan path dimana anda simpan TWRP yang di download. Path ini berbeza mengikut phone masing2. Ini contoh untuk semua device Oneplus)

"fastboot devices"
( Jika ada tunjuk [gabungan tulisan&nombor   fastboot] maka sambungan telah berjaya. Jika tiada, cuba betulkan cable, adapter atau fungsi OTG telah di enable)

"fastboot flash recovery twrpop.img"
(Jika file twrp anda bernama twrpop, anda telah berada di path dimana anda simpan file twrp tadi, sambungan phone anda ada maka proses flash akan dimulakan. Jika tidak sila periksa kembali)

"fastboot boot twrpop.img"
Phone B akan reboot n akan masuk ke mode Recovery dengan sendirinya.  Anda telah berjaya!

Semoga Berjaya. Tidak berjaya boleh komen disini. Kalau aku rajin nnt aku buat yang bergambar atau video. Selamat Hari Raya semua!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...