Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Download Movie Dengan Senang Lenang (Guna Torrent dan ZBIGZ.com)

Tajuk best kan?
Hahahahahaha
Saje takde idea lagi nak ltak tajuk ape.
Tapi TT nak ajar mendownload Movie (Dengan Senang-Lenang.Haha) menggunakan file torrent tapi tak guna software bittorrent (mcm uTorrent, BitTorrent, IMesh dsb).
Macam Mana tu? Hahaha. Pening Oden,

Nak Tahu Pasal Torrent, korang bleh rujuk kat sini :-

Ok2 TT ajar step by step ye :)

OK mula2 korang kena.. 


Friday, March 4, 2011

Cara Mendownload Jika Malas Nak Mendownload Satu2 Link Macam Rapidshare, Megaupload, Enterupload sbg

Sebelum ni kita belajar mendownload menggunakan Torrent.Kali ni kte guna pendekatan lain. ye aku paham xsume org rajin nk mendownload byk2 link yang bersangkutan macam http://rapidshare.com/../part01.rar pastu part 2 lak dan seterusnya.


ha. kali ni aku nk bagi 1 lagi tutorial mendownload dgn senang.

OK. No 1 :-

download software kat http://universal-share-downloader.en.malavida.com/. (xbesa pun saiz. Juz 9.02MB je)


wokey siap download.

amk fail tu ltak r kt mne korang ske. klo aku ltak kt D. senang nak cari nnt. kdg software ni auto startup kdg x.


kemudian korang extract here(ntuk pengguna software WinRar).
p/s : ntuk slamat korg bka file USD ni pstu tgk bpe fail yg ad. lpas tu ble lpas extract korg msukkn sume fail tu dlm folder bernama USD.

Skang ni korg klik r icon hijau bernama USDownloader. n ni la paparan muka ntuk software ni.


ok No 2 :-
cara nak gunakan software ni. contoh korg dapat link banyak2 cm kt bwh ni. korg copy sume.


ok skg kt software USD ni korg klik kt icon kertas bertindih 2 tu sebelah signboard merah. (nnt ade kuo 'paste link from clipboard')


nnt kuo cmni r.sume link kita da msuk kt dlm software ni.jd kte kna tggu je r sampi sume siap.

Dan Lain-Lain :-

Link yang USD leh support (aku try sndri)
  • Rapidshare
  • Megaupload
  • Enterupload
  • Hotfile
  • Uploading
Speed
  • ikut speed tenet korang. tapi bg aku ni speed bleh thn r laju. aku pnh try kt ofis(dlu2 pny cte.hehe) ltak dalam 100 link rapidshare time blik keje, sok pagi msuk keje da siap :D
Kelemahan
  • kdg x auto startup. apa startup ni? startup ni klo korg bka pc scra auto software akn run skali. oleh kerana fail ni kecik je jd xmggu sistem pc klo auto startup. ble korang wat auto startup,korg xyh nk 2xklik kt software ni klo nk truskn dowload. dpt lak klo lupa nk klik da bazir mse.
  • download akn jd sangkut2 n lmbt siap. kenapa? sbb link yg korang paste dlm ni ad mse waiting. lpas tu dorg xbg download drpd link yg sme byk2 dlm 1 mse. slen tu gk ade yg bleh 1 hari 1 link je. tp xksh srahkn kt software ni. dia thu r nk wat ape nnt. :)


OK skang da selesai tutorial kte. Ada masalah leh tnya. hehe. chowcincau!

Friday, November 19, 2010

Torrent 1: Pengenalan Apa Itu Torrent



Setelah lame xupdate blog ku ini,kali ni aku ingin bwkkn sstu yang rase2nya rmai yg nk thu. nk mudahkan cte aku trus smbg ape yg aku nk btau kli ni. tapi sebelum tu,tepuk ramai2 ntuk HairulAini.Net sebab disini r aku menyalin semula.(sharing is caring der :D ).ape2 hal leh lawat kt sna sbb kt sna byk pkra2 yg kte leh dpt.(salah 1 sumber pencarian ilmu ku).

APA ITU TORRENT?
Sebelum saya menerangkan bagaimana mendownload menggunakan torrent, ada baiknya saya terangkan konsep torrent, kerana ia amat penting untuk kita mengatur settingnya nanti. Kebanyakan yang saya tulis ni sebenarnya di-translate dari artikel Tweeking Torrent. Sengaja ditulis/diterjemah ke BM supaya lebih ringkas & mudah difahami. Jika anda lebih mudah memahami dalam bahasa inggeris, ada baiknya ada baca artikel asal. Hehe. [tambahan, sila abaikan bahasa saya yang bercampur-campur sebab tak nak tukar istilah teknikal, sebab mungkin lebih mengelirukan kalau diterjemah ke BM juga].
Secara ringkasnya, torrent merupakan alat (tool/software) untuk mendownload/berkongsi file. Jika anda ingin mendownload file bersaiz besar dari internet (contohnya lagu, drama series, etc), torrent merupakan kaedah yang agak mudah dipakai jika konfigurasi kita betul.
Perlu difaham disini, file yang ingin kita ambil dari internet ini sebenarnya tidak terdapat dalam server/website/jaringan internet itu sendiri, tetapi ia diambil dari komputer pengguna lain yang mengaktifkan torrent yang sama. Ini yang kita panggil peer-to-peer(p2p) sharing.

Asas P2P
Okay, saya gunakan Aning, Appy & Tini sebagai contoh untuk menerang (pinjam nama jap k….hehe). Untuk contoh, kita anggapkan Aning baru nak belajar/install P2P software/torrent client; tak ada apa yang nak dikongsi dan nak download drama dari internet. Appy pula dah beberapa kali share file, tapi juga ingin mendownload dari internet. Tini pula sedang berkongsi banyak file dan kurang dah nak mendownload benda baru.
Secara asasnya untuk sistem P2P, orang akan ikut langkah berikut:
- Cari sesuatu/file
- Dapatkan senarai siapa yang berkongsi file tersebut
- Go through the list & tanya setiap sorang siapa yang sudi nak berkongsi
- Lepas file siap di download, kita pula yang share ngan orang lain dalam sistem tersebut
Jadi, Aning mencari Zettai Kareshi contohnya & dapat tahu Appy & Tini ada file tersebut. Jadi Aning bertanya la (software yang bertanya sebenarnya, sebelum sesiapa keliru) dengan Appy & Tini nak ke diaorang dua ni berkongsi. Jadi, kalau diaorang dua ni tak sibuk sangat tolong orang lain, mereka berdua akan tolong Aning. Lepas Aning siap download pula, Aning pula yang akan mula kongsi file ini supaya orang lain pun boleh dapat.

ASAS PERKONGSIAN Torrent
Biasanya, problem dengan P2P ni ialah banyak orang tak nak share. Diaorang buka program/software diorang, download file, lepas tu tutup program balik sebelum tolong orang lain. Ini kita panggil leeching. Untuk tangani ini, Torrent pecahkan file ke bahagian-bahagian/pecahan-pecahan kecil. Sambil kita mendapatkan bahagian-bahagian ini hingga lengkap, kita juga sebenarnya berkongsi (memindahkan) pecahan-pecahan kecil ini kepada orang lain (peer). ini la yang memudahkan kita mendapatkan file dari banyak pihak (peers) serentak, sekaligus memberi download speed yang baik kepada kita. Ertinya, jika Appy ada separuh file ini dan Tini pula ada lagi separuh, maka Aning boleh mengambil fail-fail ni dan kemudian lengkap la fail yang dia inginkan.
Tapi ini saja tak dapat nak tangani leech problem. Jadi, biasanya BitTorrent akan beri kita beberapa bahagian kecil file secara percuma untuk kita mula. Lepas tu, kita kena la berkongsi apa yang kita ada jika kita nak terus download dari orang lain. Jadi, kalau kita tak nak share, orang lain pun tak nak geng ngan kita (means kita susah la nak download dr org lain). Lebih best lagi, Torrent akan beri kemudahan/keutamaan kepada orang yang baik hati (banyak) share kepada kengkawan lain. Ertinya, lebih banyak yang kita upload, makin cepat la kita mendownload.
Sebagai contoh, Aning dapat beberapa bahagian dari fail secara percuma dari Appy. Jadi, Aning boleh bagi bahagian2 ini kepada Tini jika Tini tak ada bahagian-bahagian ini, seterusnya Tini akan membalas budi Aning dengan memberi bahagian-bahagian yang Aning tak ada. Lepas tu, Aning jumpa Appy balik untuk bagi apa yang dia dapat dari Tini….& the circle goes on.
Chop!! Kenapa Appy & Tini tak berhubung terus (kenapa mesti melalui Aning)? Sebab, mungkin mereka ada berhubung, tapi mungkin kerana dua-dua mereka tak ada bahagian yang sama. Atau mungkin sebab konfigurasi sistem mereka bermasalah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung terus.
Sebelum tu juga, macam mana kita nak dapat list siapa yang ada file ni ye?…urm, itu la gunanya tracker. Tracker ni berfungsi untuk keep track siapa yang berminat dengan sesuatu torrent. Bila kita download .torrent file, ia mengandungi link ke tracker. Torrent client kita akan menghubungi tracker dan minta senarai peer yang mengaktifkan torrent yang sama. Dalam masa yang sama, tracker akan menambah kita dalam senarai tersebut supaya orang lain tahu kita mengaktifkan torrent yang sama. Torrent client juga akan mengemaskini (update) senarai ini dari semasa-ke-semasa. Perlu diingatkan, tracker hanya tahu senarai siapa yang mengaktifkan sesuatu torrent & memberikan senarai tersebut kepada pengguna yang terlibat. Tracker tak tahu apa-apa mengenai torrent tersebut, dan bukan tracker yang menghantar file tersebut kepada kita. Ia hanya menunjukkan laluan mendapatkan fail yang kita inginkan.

MENGGUNAKAN TORRENT
Secara asasnya, torrent berfungsi melalui proses-proses berikut:
INTERNET <–> ROUTER <–> FIREWALL <–> COMPUTER
FIREWALL
Kebiasaannya komputer kita dilindungi firewall. Firewall seumpama bodyguard pada Internet. Ertinya, kita bercakap kepada firewall, kemudian firewall bercakap ke Internet bagi pihak kita. Dengan ini, kita takkan berhubung terus dengan Internet, memastikan kita selamat dari bahaya Internet. Secara semulajadinya, firewall ni agak ‘gila’ sikit & takkan mudah percaya dengan orang lain. Firewall takkan benarkan komputer lain berhubung dengan komputer kita melainkan kita arahkan ia (mengatur setting benarkan access).
Sebagai contoh, Tini & Appy dilindungi firewall, manakala Aning tidak. Ertinya, Aning takkan dapat memulakan komunikasi dengan Tini & Appy kerana Aning tidak dapat melalui firewall mereka. Tetapi, Tini & Appy dengan senangnya boleh memulakan komunikasi dengan Aning. Apapun, Tini & Appy tidak akan dapat saling berkomunikasi kerana kedua-duanya dilindungi firewall.

NAT & PortForwarding
Selain dari komunikasi komputer kita dikawal oleh firewall, firewall juga mungkin mengatur sesuatu yang kita panggil Network Address Translation (NAT). OK, rasanya semua orang tahu apa itu IP address. IP address macam no telefon kita atau no IC kitaàmemberi identiti kepada komputer kita. Satu lagi lapisan keselamatan dalam komunikasi komputer ialah firewall kita memberi alamat IP palsu kepada komputer lain yang berkomunikasi dengan kita supaya komputer lain takkan dapat berkomunikasi terus dengan kita. Contohnya, kita memulakan komunikasi dengan komputer lain, firewall kita menerima arahan itu dan kemudian bercakap bagi pihak kita. Masalahnya sekarang ni ialah komputer kita mungkin hanya tahu no IP palsu ni, jadi bila berhubung dengan tracker, komputer kita akan beri no IP yang salah. Hasilnya, bila tracker beri senarai yang mengandungi IP kita yang palsu dan komputer lain cuba nak hubungi kita, diaorang takkan dapat cari kita. Jadi, penting untuk kita memberi IP yang betul kepada tracker.
Selain itu juga, kita kena ingat yang firewall takkan benarkan komputer lain mula berhubung dengan kita melainkan jika kita yang memulakan komunikasi tersebut. Walaupun kita telah memberi no IP yang betul, tapi bila komputer lain ingin memulakan komunikasi dengan kita, firewall kita akan abaikan mereka kerana ia tidak tahu apa yang orang itu inginkan dan firewall kita tak nak percaya dengan mereka ni. Jadi, kena la kita beritahu dengan firewall kita bahawa untuk sesetangah perkara, okay kalau komputer lain nak mula berhubung ngan kita. Proses ini kita panggil port forward. Port number digunakan oleh komputer untuk terangkan apa jenis komunikasi yang ingin dimulakan, supaya firewall kita tahu apa yang komputer lain nak dari kita. Firewall kemudiannya akan semak sama ada port number yang diberi komputer itu sama dengan apa yang kita benarkan ekses [The firewall can then check and see if that port number matches something you want people to come directly to you for, and it will let them start talking to you (Note: sorie, susah nak translate ni…hehe…faham-faham la k)]
Jadi, lepas siap mengatur isu IP address & port forwarding, komputer lain dah boleh mula berkomunikasi dengan kita. Sebagai contoh, Tini dah atur semua setting ni. Appy pula tak tahu benda alah ni & setting torrent nya masih bermasalah. Jadi sekarang, Aning dan Appy boleh bercakap terus dengan Tini, tapi Aning & Tini masing-masing tak dapat memulakan komunikasi dengan Appy.

JADI, KONKLUSINYA?
Ingat tak yang torrent mahukan kita bertukar/berkongsi bahagian-bahagian untuk dapatkan download speed yang bagus?. Sambung dari contoh sebelum ini, kalau Aning & Tini tak dapat nak upload pieces kepada Appy, Appy akan ‘merajuk’ & bawa diri. Bila ni berlaku, Appy pula ketinggalan kerana Aning & Tini tak nak peduli dengan dia lagi. Jadi, semua orang rugi. Tapi, sebab Aning & Tini boleh berkomunikasi dengan bebas, jadi diaorang dua ni mungkin boleh dapat download rate yang bagus dari satu sama lain. Pendek kata, lebih banyak member kita, lebih baik la speed yang kita akan dapat.

Bersambung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...