Penjajah Kufur Barat tidak pernah berhenti meniupkan api kebencian terhadap Islam dan kaum Muslimin. Sebelum ini Amerika telah memijak-mijak kitab suci kita, Al-Qura’nul Karim. Kemudian, beberapa surat khabar dari Denmark pula membuat karikatur menghina Nabi junjungan kita Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabatnya, dan penghinaan ini diikuti oleh beberapa media massa Eropah yang lain. Kini, Pope telah berbohong menghina Islam, dan menyerang puncak kejayaan Islam (jihad).
Sebagaimana Amerika sebelumnya mengatakan bahawa tindakan mereka mengoyak dan memijak Al-Quran dengan kaki-kaki mereka tidak dimaksudkan untuk menghina Al-Quran, sama sebagaimana yang dikatakan oleh Eropah bahawa tindakan mereka menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebahagian dari ‘kebebasan bersuara’, demikian pula Pope pada hari ini mendakwa bahawa pernyataan dustanya itu ‘tidak bermaksud apa-apa’. Namun yang sebetulnya menjadi masalah ialah pemahaman kaum Muslimin yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang diucapkan oleh beliau!!!
Dalam penjelasan ini, kami tidak bertujuan untuk mengutarakan dalil-dalil tentang kebenaran Islam dan pembohongan Pope ini. Ini adalah kerana ucapannya yang menyatakan bahawa ‘Islam adalah satu perkara yang menidakkan peranan akal, dan jihad yang menjadi puncak kepada ajaran Islam adalah kejam, penuh pertumpahan darah dan ganas’ hanyalah sampah semata-mata. Kita semua mengetahui bahawa akidah Islam adalah dibangun berlandaskan aqal yang rasional dan memuaskan. Begitu juga dengan jihad di mana ia adalah seperti nyawa di dalam badan, yang memancarkan kehidupan; jihadlah yang telah menyebarkan keadilan dan cahaya, menerangi segala kegelapan dan kezaliman dunia. Semua ini dapat dirasakan dan dinikmati oleh semua negara yang Islam masuk ke dalamnya di kala futuhat (pembukaan) Islam.
Akan tetapi, dalam penjelasan ini kami hanya ingin mengajukan dua persoalan dan mengemukakan dua mesej. Kami akan meletakkan keempatnya di hadapan setiap orang yang memiliki dua mata (penglihatan) agar tampak jelas padanya yang mana batil dan yang mana hak serta yang mana tuduhan dusta dan yang mana kejujuran.
Persoalan Pertama: Di dunia Islam yang begini luas saat ini, apakah yang menyebabkan penduduknya memeluk Islam? Sedangkan Al-Qur’anul Hakim telah menyatakan, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)....” [TMQ al-Baqrah (2):256]. Dan Hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pun telah memaklumkan, "Siapa saja yang tetap dalam keyahudiannya dan kenasraniannya maka ia tidak akan dipaksa keluar dari (agama)nya".
Lalu apakah yang menjadikan penduduk negeri-negeri yang telah dibuka Islam itu melepaskan agama mereka dan malah memeluk agama para mujahid yang justeru ‘menakluk’ mereka? Malah sebahagian mereka (yang memeluk Islam) bersabar di dalam agama mereka; mereka mengembang dan menyebarluaskan Islam serta membelanya lebih gigih daripada yang diperbuat oleh para mujahid yang ‘menakluk’ mereka?
Kita telah melihat dan mendengar bahawa penjajah Barat, sewaktu berjaya menduduki suatu wilayah, mereka menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan mereka untuk memaksa manusia mengembankan nilai-nilai dan pemikiran mereka. Namun, bukankah penduduk di wilayah tersbut malah mencaci maki mereka (penjajah) pagi dan petang sehingga negara-negara penjajah itu gagal dan sentiasa gagal untuk mengubah penduduk negeri-negeri yang mereka jajah beragama dengan agama mereka?
Bukankah jawabannya, bahawa penduduk negeri-negeri yang berjaya dibuka Islam memeluk dan menjaga Islam, sebagaimana para mujahid yang membukanya kerana Islam sesuai dengan fitrah dan memuaskan akal?
Kami ingin menambahkan suatu perkara yang telah membuat ramai orang merasa ta’jub, iaitu bahawa Wali Maghribi, Muhammad Nashir, pada zaman kekhilafahan Abbasiyyah, pernah menolak kesedian Raja Inggeris, John Lackland pada tahun 1213M untuk masuk Islam kerana kekuasaannya. Hal ini terjadi kerana Wali Maghribi tersebut sedar bahawa kesediaan Raja Inggeris untuk masuk Islam adalah kerana terpesona oleh keagungan Daulah Islam, bukan kerana kepuasan intelektualnya terhadap Islam!
Persoalan Kedua: Mungkinkah Pope berani menunjukkan kebiadaban beliau dengan melontarkan tuduhan keji terhadap Islam dan aqidahnya, sekaligus menyerang jihad sebagai puncak kejayaan Islam, jika Daulah Khilafah tegak berdiri?
Sungguh kami ingin memperingatkan Pope ini tentang Islam dan kemuliaanya pada masa kekuasaannya dahulu. Kami ingin mengingatkan Pope dengan kisah Khalifah al-Mu’tasim dengan Kota Amuriyah, Khalifah Harun ar-Rasyhid dengan Nakfur Rom, Salahuddin al-Ayubi dengan King Richard, Sulaiman Al-Qanuni dengan King Louis Perancis, dan kisah pembayaran jizyah oleh Amerika kepada Daulah Khilafah (melalui Wali Algeria) pada tahun 1795 M. Tidak lupa juga kisah Sultan Abdul Hamid dengan Theodore Hertzl dan Britain yang berada di belakangnya pada tahun 1901M. Kami juga ingin mengingatkan Pope supaya dia mengetahui bahawa jika dia masih mempunyai maruah dan akal yang sihat, pasti dia tidak akan mengeksploitasi kelemahan kaum Muslimin (sekarang) dengan menyebarluaskan kebohongan serta menyerang Islam, akidah, peradaban dan puncaknya (jihad).
Sedangkan mengenai dua mesej yang ingin kami sampaikan, Mesej Pertama adalah ditujukan untuk kaum Muslimin, terutamanya mereka yang tertipu dengan seruan ‘dialog antara agama’ yang dilaungkan oleh Pope. Maka sesungguhnya telah jelas maksud seruan sebenarnya, iaitu bertujuan untuk menanamkan keraguan terhadap Islam di dalam jantung kaum Muslimin sekaligus menyerang akidah mereka. Dialog tersebut jelas bukannya bertujuan untuk berbincang dan mengenalpasti yang hak untuk kemudian mengikutinya dan mengenalpasti yang batil untuk kemudian mencampakkannya serta menjauhinya. Seruan kepada dialog antara agama adalah jelas seruan untuk melawan Islam dan pemeluknya dengan cara-cara yang keji dan menyesatkan (sila lihat SN bertajuk: Dialog Antara Peradaban – Umat Islam Terperangkap Agenda Kuffar). Meskipun mereka merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dan menghidangkannya dengan segala penat-lelah, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.
“Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap, dan kecelakaanlah bagi kamu disebabkan apa yang kamu sifati (mensifati Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagiNya)”. [TMQ Surah al-Anbiya' (21):18].
Sedangkan Mesej Kedua adalah ditujukan kepada Pope dan orang yang mengagungkan seruannya dari pemuka Barat, dan kepada setiap orang yang memburuk-burukkan Islam yang agung, sebagai risalah samawi terakhir yang mana Allah berjanji untuk memeliharanya, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya....” [TMQ al-Hijr (15):9].
Tuduhan para pendusta, serangan para penjual agama, konspirasi, Dajjal dan penyesatan, serta berbagai jerat yang dirancang untuk melawan Islam sesungguhnya tidak akan pernah mampu meraih tujuannya. Bahkan dengan izin Allah, Islam tetap akan menyinari kegelapan dengan cahayanya yang tidak akan padam selamanya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah mengkhabarkan kepada kita akan hal ini, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya....." [TMQ ash-Shaff (61):8].
Kami ingin sudahi Penjelasan (Bayan) ini dengan 2 kalimat:
Pertama: Bahawasanya Hizbut Tahrir mencabar Pope untuk berhujah melakukan diskusi aqidah (teologi) berasaskan akal yang rasional (hanya akal yang rasional semata-mata) supaya jelas lagi terang bagi setiap orang yang mampu melihat. Sesungguhnya alamat Pejabat Penerangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia sudah sedia termaklum, terdapat di mana-mana sahaja pelusuk dunia yang di dalamnya terdapat aktiviti Hizb. Pihak Pope boleh memilih masa dan tempat yang diinginkan, dan kami tidak akan menyalahi janji.
“....maka buatlah suatu waktu untuk pertemuan antara kami dan kamu, kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) kamu di suatu tempat yang pertengahan (letaknya)”. [TMQ Thaha (20):58].
Kedua: Sesungguhnya kami tidak menghendaki permohonan maaf dari Pope, kerana Pope tidak mengucapkan perkataannya secara keliru tanpa maksud tertentu, atau kerana kebodohannya tanpa perhitungan. Akan tetapi, kata-katanya jelas merupakan satu kesengajaan dan disengaja, terlalu terang dan tidak mengandungi kesamaran sedikit pun. Terhadap semua itu, permohonan maaf tidak ada gunanya.
Sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja yang menghina Islam, Kitabnya dan RasulNya atau yang menyerang jihad sebagai kemuncak kejayaan Islam untuk menginjakkan kaki mereka di tanah Islam atau diterima di negeri-negeri Islam sehinggalah Daulah Islam kembali ke pangkuan Islam (berdiri kembali), yakni Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Khilafahlah yang akan mengetahui bagaimana cara memperlakukan musuh-musuhnya serta menjaga bumi dan langit Islam; juga bagaimana cara menjaga/melindungi tanahnya sekaligus memuliakan akidah dengan peradabannya serta kemuncak kejayaannya.
“Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].
0 comments:
Post a Comment