Friday, November 19, 2010

Torrent 2: Istilah Torrent Dan Cara Menggunakannya


Sambungan daripada kelas Torrent 1: Pengenalan Apa Itu Torrent (btul la kn?) Torrent sebelum ni.enjoy urself. Xlupe pada HurulAini.Net.kredit skali lagi ntuk beliau(Semoga beliau dapat kearah itu ssuai dgn namenya yakni wanita syurga :D).

FAHAMI ISTILAH TORRENT
.torrent – file yang mengandungi data tracker & file yang nak di download
tracker - site yang meng’update’ senarai pengguna yang mengaktifkan torrent yang sama
torrent client - software yang diguna untuk download
peer – pengguna yang sedang mendownload dan/atau mengupload sesuatu file melalui torrent
seed – pengguna yang mempunyai fail lengkap sesuatu torrent dan sedang berkongsi/mengupload kepada pengguna lain
piece – bahagian-bahagian atau pecahan-pecahan file
ratio – peratusan/ pecahan jumlah yang kita upload kepada jumlah yang kita download (upload:download) bagi sesuatu file/torrent.
firewall – aplikasi keselamatan pada komputer anda
router – alatan seperti modem, biasa diguna jika banyak komputer disambung ke satu server (guna 1 akaun internet)

LANGKAH 1: DOWNLOAD TORRENT CLIENT/SOFTWARE
Saya menggalakkan untuk menggunakan uTorrent kerana ia agak mudah digunakan dan saiz file installer-nya kecil.
1. Pergi ke http://www.utorrent.com/download.php
2. Klik ‘Get µTorrent 1.8.1’
3. Klik ‘Save’

LANGKAH 2: INSTALL TORRENT CLIENT
1. Double-click on installer icon
2. Klik ‘Run’ & ikuti langkah-langkah yang diberikan (a.k.a install mcm biasa)

LANGKAH 3: CARI .torrent FILE
Untuk mendownload menggunakan torrent, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan .torrent file. Berikut merupakan beberapa laman web dimana anda boleh dapatkan .torrent file:

2. Untuk drama English (seperti Heroes, Prison Break, etc)
- http://www.xtvi.com/all_tv_shows/
- http://www.torrentreactor.net/
3. Google je…:)

LANGKAH 4: CONFIGURE FIREWALL
1. Buka aplikasi anti-virus anda.
2. Cari tetapan (setting) bagi ‘advance firewall configuration’ (berbeza mengikut jenis anti-virus software), kemudian cari setting untuk ‘Program Permission’
3. Tetapkan UTorrent (atau torrent client anda) kepada FULL ACCESS (inbound & outbound access)

LANGKAH 5: PORTFORWARD/OPEN PORT/ROUTER SETTING
Jika anda menggunakan internet pejabat (biasanya menggunakan router) atau internet anda menggunakan router, anda perlu buka port supaya komputer lain boleh berkomunikasi dengan anda (dari segi p2p sharing). Jika anda menggunakan modem biasa, kebiasaannya port dibuka untuk torrent client anda. Sila rujuk www.portforward.com untuk membuka port. Kadang-kadang, walaupun kita dibelakang router (behind router; pendek cerita kalau guna internet pejabat, etc), kita masih dapat berhubung dengan peer lain. Jadi tak perlu sangat atur benda ni.

LANGKAH 6: DOWNLOAD
1. Buka aplikasi uTorrent (atau torrent client) anda
2. Klik File -> Add Torrent -> [select/find .torrent file] -> Open
3. Biarkan torrent client anda berhubung dengan internet selama yang boleh.
4. Selepas anda selesai mendownload,anda digalakkan membiarkan fail .torrent di dalam torrent client supaya kita pula yang upload/seed kepada orang lain.

TIPS TAMBAHAN:
Sebenarnya, senang je nak guna torrent ni. Cuma akan jadi ‘budak jakun’ sikit la masa mula-mula nak pakai…ehehe.
Saya galakkan anda untuk mendownload torrent yang banyak seeder supaya tak la lama sangat tunggu fail siap di download. Dan kalau boleh cari torrent yang baru (torrent yang diupload dalam tempoh 6 bulan – 1 tahun) kerana biasanya seedernya masih banyak. Kalau anda mendownload contohnya drama lama seperti GTO…kemungkinan akan ambil masa untuk siap download kerana hanya sedikit sahaja seeder (kebiasaanya peer yang masih mendownload) yang ada.
Dari segi download speed, saya biasanya dapat dari 14-35kB/s. Ini semua bergantung kepada jumlah seeder yang dapat kita hubungi (connect) & juga upload rate seeder.

Lihat juga: Cara Download Torrent Secara Direct Download Menggunakan zbigz.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...