Assalamualaikum semua,
Tetiba TT rasa nak buat review psl family trip kami kali ni.
Kalau yang da baca daripada facebook wife TT mgkin da ad gambaran.
Tapi wife TT jenis post gamba j.
Ni TT nak bagi detail sedikit sebanyak.
Semoga berguna terutama yang nak bercuti dgn bajet yg cukup2.
Recommended ntuk honeymoon secara bag packers kali pertama di Langkawi.
*Ringkasan kesemua kos ada di pengakhiran review ini.
P/s: Ini untuk percutian BUKAN cuti sekolah/umum. Kami pergi khamis balik sabtu. Kalau pergi waktu cuti harga2 yang tertera disini mgkin akan meningkat 2,3x ganda drpd biasa.
**1 lagi sediakan duit lebih untuk bayaran deposit atau caj tersembunyi. Bayaran ni kebanyakan tidak diberitahu awal. Deposit untuk apa? Teruskan membaca.
Ok pembuka cerita.
Hari pertama
Kami gerak drpd Penang dlm pukul 8 n smpi di Jeti Kuala Perlis dlm kol 11.
Berhenti rehat kat RnR Gurun dalam sejam nak bersiapkan Airis Khaireen.
Daripada Penang ke Perlis ni hny jumpa RnR Gurun ni je tau.
Tol daripada Penang (Plaza Tol Sg Dua) ke Plaza Tol Hutan Kampung dalam RM13 kemudian jumpa Plaza Tol kena RM1.60
Lepas tu terus menuju ke Kuala Perlis.
Sampai2 sana sewa parking kereta berbumbung ntuk 3hari2malam dalam RM45.
Hati2 dalam memilih tempat parking sbb sampai2 je kt area Kuala Perlis ni msti ad ulat yang menaiki moto ikut kita ntuk tawarkan kita parking.
Ada review org yg mana btau nak parking berbumbung tapi dorg tnjukkan parking kt bwh pokok je.
Caj pn mgkn sekali ganda harga.
Tempat TT parking tu selang 1,2 drpd tempat parking bdekatan dgn jeti.
Kalau jalan lepas drpd Jeti tu jumpa je tmpt parking berbumbung sebelah kiri, kira betul la tu.
(Tapi ada juga cerita dimana masa parking ad yang menyedut minyak kereta. Oleh yang demikian xperlu tinggalkan minyak yang banyak n jangan pula smpi xde minyak langsung)
Lepas tu kami beli tiket feri dkt kaunter sebelah pintu masuk jeti.
Harga tiket : RM18 - Dewasa RM12 - Kanak2
Perjalanan ke Jeti Kuah kat Langkawi lebih kurang Sejam.
(Tiket feri kena simpan sebab bukti duduk di langkawi berapa lama bila diminta oleh kastam)
Sampai jeti kami kol agen kereta sewa kami.
Kami guna servis K.Ina - 0194658363
Kami sewa kereta Myvi dpt RM120 2Hari atau 48jam.
**(Kena DEPOSIT kunci RM50)
Mula2 naik iswara kemudian tukar kt depan Hospital Langkawi sbb kami tak btau awl kami dh naik feri n mereka pn tlupa kami start myewa hari tu.
Lepas makan nasi blauk (TT n Airis) n Nasi Goreng KG sgt pedas (Ibu) dpn hospital tu kami terus ke hotel.
Kami duduk di Federal Villa Langkawi.
Masa check in isi2 borang n bg IC.
Sekali lg kami tkena.
**(Kena DEPOSIT RM200)
Federal Villa ni kami booking 3 bulan awal daripada bulan November lagi.
Rates kami dapat RM55 semalam n kami tidur 2 malam.
Ini rates ntuk kakitangan awam SAHAJA.
Kalau biasa untuk Federal Villa ni dalam RM250+ n Holiday Villa dalam RM450+
Federal Villa ni dalam kawasan Holiday Villa.
(Tetiba terasa beruntungnya dapat kahwin dengan kakitangan awam. Hahaha.)
¹st impression kami mula2 tgk hotel n bilik kami terasa mcm dok hotel mewah r plak.
Hahaha.
Sebabnya kami jenis jarang dpt tidur hotel mcm ni.
Tgk flyers dorg rse mcm serba serbi kena caj terutama pool.
Tapi rupanya ad swimming pool free n private pny.
Fuhh selamat sbbnya antara sebab utama kami dok hotel sbb nk bg Airis mndi kolam.
Lepas lompat2 atas katil kami ke Pantai Cenang.
Kami xthu kt mana Pantai Cenang ni sbnrnya.
Ikut GPS btau da dkt tp xthu nk parking mana.
Last2 kami masuk kt celah2 antara hotel ap ntah yg polis dok bt roadblock kt situ.
Pantai mmg cantik tapi mgkn sbb bkn musim cuti jd mcm xde org je.
Dan r jamu mata tgk mat saleh.
Hahaha
Lepas tu bagi airis mandi2 pantai jap kami pn balik bilik.
Owh lupa, kebetulan malam tu ad pasar malam bdekatan hotel kami ni.
Langkawi ni klo xsilap tiap2 malam ad pasar malam tapi tempat lain2.
Makanan kt pasar malam ni lebih kurang je mcm yg biasa kita jumpa n hrga pn lebih krg.
Biasanya lebih 50sen ke atas.
Hari kedua
Bangun2 pagi TT kuar bilik jalan2, pukul 8 tu gelap lagi.
Jalan punya jalan terus jumpa pntai Rupanya bilik kami dekat sgt dgn Pantai Cenang ni.
Hahaha.
Swimming pool pn xjauh.
Balik bilik kejutkan Airis dengan xmakan n mandi lg terus berenang dalam kolam.
Lps tu mandi pantai pulak.
Tapi dlm kol 9 tu pantai dia msih air surut.
Xsyok mandi pantai air cetek sgt.
Untuk si kecik tu OK la.
Nmpk2 pantai j Airis ckp "Papa, ayaq banyaq"
Hahaha.
Lps mandi kami terus ke Bird Paradise Wildlife Park.
Tiket masuk Dewasa RM18 Kanak2 RM12
Sebelum msuk kami beli siap ice blended yg ad jual kt stu tp cair.
Beli sbb igtkn dalam tu pnas tp rpe2nya sume tmpt berbumbung.
Jd klo nk pergi time hujan pn ok.
Sebelum masuk kami beli makanan ntuk binatang dalam tu.
Sayuran campur2 dalam RM6.
Dalam tu klo kna dgn mse dpt tgk kakitangan mereka bg mkn mcm buaya.
Klo binatang kecik2 ni kita pn bleh bg mkn klo binatang ni xkyg lg.
Tips dalam ni klo nk beli mknn binatang better beli lebih carrot/lobak, spinach/bayam n fish pallet.
Airis paling hepi dapat bg makan rabbit sebab rabbit datang dekat kaki dia.
( Main reason kitorang pilih datang sini )
Mcm kami dorg byk bg kobis tp binatang tak byk yg mkn kobis ni.
Balik tu kami tapau makanan kt Restoren Siti Fatimah dkt jalan nak pergi Makam Mahsuri.
Makanan dia boleh tahan la tapi hrga agk sedikit tinggi.
Mgkn sbb kedai ni slalu jd tumpuan artis atau org kenamaan.
Petang tu kami ronda Cenang Mall.
Parking kt situ kna RM2/Sejam.
Kami singgah situ sbb ad kedai coklat yang biasanya mereka ad jual murah drpd biasa sbb da nak expired.
Malam tu kami cuba makanan dekat Restoren Haji Ismail dekat jalan pantai cenang tu.
So far makanan dia banyak berasaskam bakar2.
Kami xpilih bakar2 ni sbb mmg xtrasa nak perabis duit dkt mkn pn.
Selesai ntuk hari kedua.
Dapat 1 hari 1 tempat pn da ok sbb bwk budak kecik dorg cepat letih.
Hari Ketiga
Pagi tu kami siap2 brg n checkout terus.
Deposit dikembalikan semuanya.
Kami terus ke Makam Mahsuri.
Disini kami berbelanja t-shirts, kain batik n pelikat, minyak gamat, ubat siam hidu ntuk resdung
( TT memang ada mslh resdung n wife paksa gak suruh beli. Redha jela ).
Semuanya dalam rm10 keatas setiap 1 kecuali minyak gamat kami dapat rm15 ntuk 2dozen botol kecik.
Semuanya kami beli di 1 kedai jadi dpt r murah sikit.
Sbnrnya nk ikut ad j lg kedai yg murah tp xsmpt nk survey disebabkan kesuntukan masa.
Selesai membeli di Makam Mahsuri ni kami sambung ke perkara yang utama kalau pergi langkawi, shopping coklat!
Kami k kompleks Haji Ismail Group (hig) yang baru.
Borong smpi penuh troli.
Time nk bayar ttbe tdengar coklat byk2 ni kna tax nnt.
Kami mmg xde bajet nk baya tax ni tp kami redah je r.
Kami terus ke Jeti Kuah nak balik dah.
Dalam kami nak cari parking kami ternampak burung helang besar.
Akhirnya sempat juga kami singgah di Dataran Lang Langkawi tu.
Lepas amk gmba kami parking n nk pulang kunci, kami kna tolak duit deposit kereta sbb lebih 2 jam.
Yang ni kami xtahu pn rpenya sewa kereta ni ikut jam.
Ambil pukul brp n pulang kna ikut mcm ambil.
**Deposit kereta tinggal RM30 drp RM50.
Nasib baik kami dapat tiket feri pukul 6 ptg.
Sebelum naik feri di kaunter Kastam mereka periksa secara rambang beg kami n tiada sebarang caj dikenakan.
Smpi feri kami anak beranak tidur terus tahu2 je da smpi Jeti Kuala Perlis.
Masa nak ambil kete cuma tunjuk resit j.
Alhamdulillah kereta masih dalam keadaan sempurna.
Lps tu kami singgah sembahyang di Masjid Terapung Kuala Perlis tu n Makan di gerai ikan bakar.
Sampai di Penang lebih kurang pukul 12Malam
Sampai sini coretan TT yang pertama kali sampai ke Langkawi.
Untuk gambar2 nanti TT uploadkan disini.
Ringkasan Kos:
Minyak pergi n balik Penang - Jeti Kuala Perlis
Proton Saga BLM - RM60 (RM2.10/liter Ron97)
Tol Daripada Penang ke Plaza Tol Hutan Kampung
RM13 sehala (+RM1.60)
Parking Kereta Berbumbung
RM45 (3 hari 2 malam)
Tiket Feri
RM18 Dewasa RM13 Kanak2 untuk sehala
Kereta Sewa
Perodua Myvi RM120 (2 hari / 48 jam)
**Deposit kunci RM50
Minyak untuk berjalan
RM30 (3hari)
Federal Villa Langkawi
RM55/malam
(Gov Rates - booking 3 bulan awal)
**Deposit RM200
Bird Paradise Wildlife Park
Dewasa RM18 Kanak2 RM12
(Boleh bagi makan binatang)
0 comments:
Post a Comment